PENGIKUT ♥

Wordless Monday - ada apa dengan peria dan sewaktunya ??

POSTO !

Dah dekat hampir dua bulan rasannya kegilaan makan sayur tanpa batasan terjadi. Bila balik rumah mak abah kat SP je mesti,

mak, jom singgah jap kedai sayur..nak makan sayurlah..beli lebih along    
  belanja..bagus untuk kesihatan mak dengan abah jugak..hee.“ 
 
So then amik peria,karot,kacang buncis, sayur sawi, dan bla..bla..ada udang disebalik batu sebenarnya.

Tapi bukan semua makan peria kan ? Peria ni sinonim dengan rasa pahit. Tapi orang tua-tua cakap rasa pahit tu ubat untuk penyakit.

 Jeng..jeng..

Peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga memberikan manfaat untuk individu yang menjaga kecantikan. Peria dikatakan, boleh membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.


Wooo.. itu yang nak dengar sebenarnya.

So, ketepikan soal pahit n try nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Tapi mostly yg tahu bagi pesakit penghidap kencing manis, disarankan untuk ambil peria sebagai menu harian untuk penjagaan kesihatan sebab peria ni mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.

peria.. 



peria masak tumis je ! 




tumis peria dengan udang.. woo 



simple mcm ni je, makan sampai habis heee..



Banyak sebenarnya khasiat n info kebaikkan peria ni. Bila tengah lepak-lepak google mengenai peria terus bukak “we<3it”, search diet salad..


YaWWWW ! : suka suka sayur + buah = tak payah nak diet sangatlah.


Ok, ini antara salad yang korang boleh try, simple as 1,2,3.. tapi kena beli dulu bahan-bahan kat pasar ok!


campuran buah-buahan..



daun salad dan hirisan buah-buahan..


this one buah naga campur apple hijau, apple merah, 
yang kuning tu guess what..



campuran daging bersama strawbery dan daun salad..wuu ~



yang ini betul-betul salad, semuanya asas sayur..




P/S : CONTOH, rabbit kat rumah asyik makan sayur je.. tak bosan ke???


Till next, xoxo..


8 comments:

  1. saya pon gila makan sayur.peria pon favourite jugak !!

    ReplyDelete
  2. Yeke sis ? cedap kan tumis peria, makan pulak dn nasi panas nyum2 :)

    ReplyDelete
  3. bila peria jd fav dah tak rasa dah pahitnya :)

    ReplyDelete
  4. nk strawberry tu .. br balik dr cameron hghlands mkn strawberry dengan fresh cream .. yummy .. nk lagi ..

    ReplyDelete
  5. sedapnya . lapar lha pulak . hehe

    ReplyDelete
  6. heee.. bila tgk salad mesti tingin nakrasa punya ^_____*

    ReplyDelete

COPYRIGHT 2012.ALL RIGHT RESERVED BY LIYANA ISKANDAR