PENGIKUT ♥

K-STEW feberetku jadi Snow White ! ! !


Posto posto ! ! !



wuuuuuu ~


premiseee ~


Beri laluan beri laluan, pon ! pon !
Heee.. besh besh bulan depan tak lama lagi ada filem baru nak releaselah..

Mintak maaf eh, teruja sikit sebab saya kipas susah mati si Kristen Stewart ni.
Semua ni disebabkan penangan geng francais Twilightlah !

Ok..ok, berbalik pada filem yang akan direleasekan tak lama lagi tu ialah SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN !

Woooo...
Tak sabar nak tengok bulan depan 1 June dah start release eqmmm ! Memang femes betol awek ni. Suka tengok stail rambut sempoi gila K-Stew ni, hehe.. 


pelakon pelakon cerita ~



Snow White dan Huntsman adalah filem fantasi yang diarahkan oleh Pengarah Rupert Sanders dan skrip oleh Evan Daugherty.

 Cerita ni dari adaptasi sebuah novel tau iaitu Brothers Grimm. Brothers Grimm ni kan femes dengan cerita dongeng..n btw, cerita ni macam lebih kurang je macam Miror Miror lakonan Julia Roberts dan Lily Collins koz simboliknya just kind a bit of RED APPLE. Cuma yang lebih dasatnya kan ada lawan perang-perang n ofkos ler ada K-Stew dan Charlize Theron yang elegan tu kan derrrr~


2 STORY SAME WOMAN
MIROR MIROR cuts the time till..SNOW WHITE~




Sinopsis Snow White and The Huntsman

Pada masa lampau dalam kegelapan,seorang Ratu yang kejam Queen Ravenna lakonan Charlize Theron tuuu ~  telah menguasai beberapa kerajaan Eropah dan rancangan untuk mengambil alih Kerajaan England tapi Queen Ravenna ni ada anak tiri iaitu Snow White lakonan  Kristen Stewart yang sempoi gila ni telah ditakdirkan untuk mengatasi bukan sahaja sebagai"seorang yang sempurna, cantik, comel sahaja" tetapi juga sebagai pemerintah masa depan kerajaan.

 Lalu disebabkan itu juga Ratu belajar dari Mirror Magic lakonan Christopher Obi ni  bahawa satu-satunya cara untuk kekal dalam kuasa untuk takhta ialah dengan mengambil hati Snow White untuk mencapai kehidupan yang penuh keabadian. Macam immortality lah kan Queen tu tak nak pulak mati huhu~ 

Tapi Snow White pulak berjaya melarikan diri ke Hutan Jahat lerrr huhu haishhh~ dan Ravenna merekrutkan seorang badang perkasa iaitu Eric Huntsman !  lakonan Chris Hemsworth ok~ untuk membunuh Snow White. 

Bagaimanapun Eric ni kasihan pada puteri muda iaitu Snow White dan mengajar skill unik dalam seni perang. Lepas tu, dengan bantuan lapan dwarves yang ketot-ketot comel-comel rajin-rajin tu~ dan jugak Putera tercinta iaitu Putera William lakonan Sam Claflin, Snow White memulakan revolusi untuk membunuh ibu tirinya Queen Ravenna yang kejam tuuuu~

Haishh, cerita fairy tales.. dulu dulu tengok Snow White kartun je tak tahu macam mana al-kisahnya kan..

So, filem ni start release 1June kat U.S dan seantero dengannya hehe nanti kita semua serbu pangung pergi tengok tak lama dah ni okesss ! 



P/s : Sori yeh, saya seorang fanatic film, so sila abaikan segala keterujaan saya di atas tu yeee, heee ~ ~ 



3 comments:

  1. Lama tak tengok Kristen Steward berlakon. hehe :) Mesti best kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik sally, saya ada siri francais twilight.. ^_^

      Delete
  2. wah mint btul tgk film ae.hihi.

    ReplyDelete

COPYRIGHT 2012.ALL RIGHT RESERVED BY LIYANA ISKANDAR